Jun 30, 2011

wehuu....i am a mommy to be...

hikhik dah lame dah rasanya tak meng'update' blog ni..
bukan bz..tapi malas... ;P

kalau baca tajuk post mcm baru dapat tau aku pregnant je eak?
padahal lama dh tau..hikhik

sebenarnye tadi aku g check up untuk kali ke-3 nye...

Dr pun buatlah ultrasound kat peyot aku
kalo g klinik kerajaan mmg tak dapatlah nak scan setiap kali check up kan
bukan sebab tak efficient tapi
sebab ramai patient
mana larat mau scan sorang2 kan?
aku g klinik panel tu ada can tu hihi

tapi ultrasound kali ni buat aku sgt teruja
teruja bila nampak baby bergerak2 dalam perot aku ni
kejap berlutut, kejap bersujud, kejap bersandar...
sampai dr kata
"aik..siap bersandar..ni fasha sanda kot..." wahaha

tapi yang paling aku excited bila kaki dia dok menendang2...
ohh...sangat comel!!

baru aku terasa diri aku ni mengandung tau
yela selama ni tengok perot je
tu pun tak besar mana
aku pregnant pun baru 4 bulan so tak rasa la dia menendang ke ape kan

ni dapat tengok dia dah besar n bergerak2...rase excited gilerr

baru rasa terujanye nak jadi ibu!!!
baru terasa oh...sayangnye sama baby ini...

ALHAMDULILLAHH.....

otw balik tu menyengeh aje aku sepanjang jalan
tapi menitik jugak air mata ni
mungkin sebab happy sangat
bersyukur pada Allah atas kurniaanNYA...
tapi lagi best kalau en.hubby ada kan?
leh sama2 tengok baby ni
leh sama2 rasa kegembiraan ni...

papepun semoga Allah melindungi dan merahmati suamiku dan jugak anak ibu ni...
semoga kita semua sentiasa dalam RAHMATNYA...
Amiinn...

mmuuaahh sayang semuanya!!!

Jun 12, 2011

Hazama Juara AF9

Seperti yang dijangka kan...

Juara : Hazama

Naib Juara : Lena

Tempat ke-3 : Fina

Tempat ke-4 : Azri

phewwiittt...cayalah hazama

pening2 kepala pun gagahkan jugak tengok konsert diorang ni
(tp tengok kat TV je bukan tengok kat dataran putrajaya nu..hehe)

Jun 8, 2011

Dedicated this song to my buchuk

DEALOVA

by : Once Dewa

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh…

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…

Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…

Sya… na na na…

Pahitnya perpisahan

Bangun je tido pagi tadi
tak ada lagi encik suami di sisi
yang ada cuma berus gigi yang tinggal
yang ada cuma tuala yang dia gunakan semalam
yang ada cuma baju yang dia pakai malam kelmarin
yang ada cuma kain pelikat buat dia solat subuh semalam
terasa sayu hati ni..
terasa pahitnya bila berjauhan
lain sungguh rasanya
tak sama mcm sebelum kawen dulu
mengalir lagi airmata ni
b dah jauh
jauh dari mata ibu ni
tak ada lagi yang nak kacau ibu tido
tak ada lagi yang nak kejut ibu bangun malam2 sebab lapar nak makan
tak ada lagi yang nak buat ibu tergelak bila b start berjoget syok sendiri
tak ada lagi yang nak urut kan ibu bile bu pening or penat
ibu sangat rindukan saat kita bersama b...
semoga kejauhan ini mengeratkan lagi rasa cinta antara kita sayang
ibu doakan b selamat pergi dan kembali
ibu sentiasa tunggu b...
rindukan b
dan sayangkan b....

indahnya bila bersama mu

mood : sayu bila 1st time berjauhan ngan en.suami after married ni..
papepun kena redha..dia pergi mencari rezeki...kuatkan hati kami Ya ALLAH...

Jun 2, 2011

Manisnya bermadu

ohoi........
bertuahnya badan Salleh Yaacob kan?
apa ilmu yang dipakai agaknya
cukup sudah 4 dah kuota isterinya
semuanya sporting2 plak tu
isteri yang ke 4 baru je lepas majlisnya, 30 MEI 2011 tak silap aku
Muda lagi tu, budak baru 24 tahun n still belajar

mas kahwin rm23000, hantaran RM25000

sapa tak nak kauuu?
tua pun tualah janji masyukk!!
haha ish tak baik ko raha..kan dah jodoh tu..kan2?

yang best nya diorang nak honeymoon kan China
bukan berdua
tapi berempat + semua anak2 dia
giler kaya Salleh ni kan?
payung emas la diroang dapat
kalau tanya aku sanggup ke tidak bermadu

ohohoho
jawapannya pasti

TIDAK!!!

tak sekuat tu kot iman aku nak menerima
hehe

so kepada suamiku yang tersayang....
jangan gatai2 kawen 2 ok....... ;P

3 orang isteri2 pertamanya...mesra je kan?ish2..baik betol diorang ni

Isteri ke empat...sweet kan?mana Salleh tak terpikat..hehu

Majlis akad nikah

Majlis persandingan

Pelamin dan majlis oleh Astana Bridal...
Bridal dr Johor..
majlis ni pun diorang buat kat Johor..Kulai tak silap

Cantik kan pelamin dia..sesapa dok area JB boleh lah survey kat Astana Bridal ni ;)

Campak bayi????

Korang ada baca berita tak semalam or pagi tadi?

Seorang baYi dicampak dari tingkat 5 rumah flat!!

tak tau la nak panggil orang yang buat ni 'manusia' atau 'BINATANG'

Binatang pun tak SEBINATANG ni aku rasa

binatang pun tau sayangkan anak

tak de nak campak2 mcm sampah..
kalau pun tak nak anak tu..bagilah kat org yang nak sangat anak kan?
tak perlu lah sampai nak bunuh dia..
siap campak suke hati kau!

kalau pun bayi tu lahir sebab kesilapan, bayi tu tetap tak bersalah...
Astagfirullahala'zim
Nauzubillah

ni keratan dari akhbar Metro hari ni

‘Angkara binatang’

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

MAUT...mayat mangsa di tempat kejadian, malam kelmarin.

KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.
“Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.Align Center
Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin.
Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.
Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya.
Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.